Red Velvet Cupcake :)
Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi resepi red velvet cupcakes yang gebu dan InshaAllah menjadi jika betul-betul ikut step yang saya sediakan di bawah ni. Tekstur kek ini lembut dan gebu sesuai juga di bakar di dalam acuan yang besar cuma lebihkan masa membakarnya.

Jom kita lihat resepi dan cara membuatnya :)


 Bahan A

1 cawan buttermilk*

2 sudu besar pewarna merah

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka

Bahan B

2 ¼ cawan tepung gandum

2 sudu besar serbuk coklat

1 ½ sudu teh baking soda

secubit garam halus

Bahan C

¾ cawan mentega

1 cawan gula kastor

3 biji telur gred C


* Untuk menghasilkan buttermilk campurkan 1 sudu besar cuka atau jus lemon kedalam 1 cawan susu segar. Biarkan selama 10 minit sebelum ke proses seterusnya.


Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170 C dan sediakan acuan muffin serta lapik dengan cawan kertas.

2. Campurkan buttermilk, pewarna merah, esen vanilla dan cuka kedalam mangkuk dan kacau hingga bercampur. Ketepikan seketika.

3. Di dalam mangkuk yang lain campurkan tepung, serbuk coklat, baking soda dan garam. Ketepikan juga.

 4. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk besar dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul.

5. Seterusnya selang seli masukkan tepung dan cecair iaitu di mulai dengan tepung dan di akhiri dengan tepung juga. Jangan terlebih pukul dan cukup sekadar adunan bercampur sahaja.


6. Isikan cawan cup cakes dengan adunan dan bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga masak. Apabila telah sejuk, bolehlah di hias dengan krim keju.

TOPPING

1/2  cawan cream cheese
1/2  cawan mentega tawar
1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula ising

Cara membuatnya :

Masukkan cream cheese, mentega dan esen vanilla dan di pukul rata.
Masukkan pula gula sambil di pukul hingga gebu dan berkrim. Siap untuk di hias di atas kek.
Resipi Brownies Panggang Coklat
 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca - pembaca sekalian,

Pada hari ini saya akan berkongsi resipi membuat brownies panggang coklat. Resipi ini sangatlah mudah untuk dibuat. Lebih - lebih lagi apabila ada suatu majlis ulang tahun, majlis perpisahan dan sebagainya. Anda boleh mencuba resipi ini pada waktu lapang.



Brownies sangatlah beragam cita rasanya berikut contohnya terdapat brownies pisang, brownies wortel, brownies kopi, brownies kukus marble dan sangatlah banyak variasi brownies ini yang enak tentunya. Kali ini kami akan mencoba membahas tentang Cara Membuat Brownies Panggang Coklat. Berikut silahkan simak tentang bagaimana langkah dan cara yang tepat tanpa perlu skill yang mumpuni, sebagai berikut :

Bahan Brownies Panggang Coklat:

  •  200 gr tepung terigu
  •  200 gr mentega
  •  400 gr gula pasir
  •  4 btr telur
  •  90 gr coklat bubuk atau 200 gr coklat batang yang dilelehkan
  •  220 ml air
  •  130 ml susu kental manis

Cara Pembuatan Brownies Panggang Coklat :

  •  Siapkan loyang, lapisi dengan mentega dan tepung terigu. Sisihkan
  •  Ayak tepung terigu dan coklat bubuk, sisihkan
  •  Campurkan air dan susu kental manis, aduk rata. Sisihkan
  •  Masukan telur dan gula pasir, kocok menggunakan mixer hingga mengembang. Kemudian masukan mentega sedikit demi sedikit sambil terus dikocok (selama kurang lebih 2 menit)
  •  Masukan tepung dan coklat yang sudah diayak, bergantian dengan campuran air dan susu ke dalam adonan telur dan mentega. Aduk menggunakan spatula hingga tercampur rata dan jangan terlalu lama
  • Masukan adonan ke dalam loyang dan panggang selama kurang lebih 40 menit sampai matang. Bila perlu test dengan menggunakan lidi
  • Brownies Brownies Panggang Coklat siap disajikan

Demikianlah pembahasan tentang Resep Cara Membuat Brownies Panggang Coklat khas yang sekiranya dapat membantu anda dalam menyajikan hidangan yang sangat bergizi dan enak tanpa memerlukan skill khusus karena cara pembuatannya pun begitu mudah dan semoga dapat membantu anda sekalian.
Farhana Azlan 4.00 CGPA

new past
Status : Have a great day!!